Setiap isteri mengimpikan seorang suami yang soleh, baik, sentiasa mengambil berat akan keluarganya. Malangnya hari ini banyak rumahtangga porak peranda akibat sikap kedua-dua belah pihak, baik sikap suami mahupun isteri, dan puncanya adalah kejahilan dalam beragama dan tidak menerapkan kehidupan islami dalam rumahtangga.
Banyak kes masalah rumahtangga yang memperlihatkan kesalahan suami yang setelah lama berkahwin, mula buat hal. Puncanya satu sahaja, tidak ada takut pada Allah SWT dan tidak ada mempraktikkan agama dalam kehidupan seharian. Jadi, pesanan buat sang isteri, yang inginkan keluarganya bahagia, suaminya tidak membuat onar, ialah pastikan suami anda beragama dan punya rasa takut pada Allah SWT.
Sebagai seorang suami, saya ingin berkongsi tips ini disamping berpesan pada diri sendiri (sebab diri sendiri masih lalai dan lagha dengan tipudaya dunia, solat subuh yang kadang-kadang di masjid). Pertama..
1. Pastikan suami anda solat subuh di masjid setiap pagi, itu tanda kesolehan pertama yang anda dapat lihat pada suami pada setiap hari. Jika dia payah dan liat, anda mesti memastikan dia bangun, apabila dia berjaya bangun dan setiap hari dia istiqamah solat subuh di masjid, insyaAllah peribadinya akan bertambah baik, dan dia akan terdorong untuk melakukan kebaikan-kebaikan lain pada hari berkenaan.
2. Pastikan suami anda solat berjemaah di masjid pada sebelah malam (maghrib dan isya), kalau dia tak dapat hadir untuk maghrib, isya' itu walaumacam mana payahpun, anda kena pastikan dia hadir. InsyaAllah kepulangannya dari masjid, akan lebih memberikan ketenangan pada jiwanya seterusnya ketenangan itu akan dikongsikan dengan anak isteri dalam bentuk kasih sayang.
3. Pastikan suami anda membaca Al-Quran setiap hari, pastikan rumah anda didengarkan dengan bacaan Al-Quran untuk menarik rahmat Allah SWT, kadang2 kebencian, marah-marah antara suami isteri itu kerana tidak ada malaikat rahmat dalam rumah akibat banyaknya siaran-siaran maksiat dalam rumah.
4. Pastikan suami anda menjaga pancainderanya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan, sumber utama yang banyak memaparkan wanita tentu sekali televisyen. Jadi, tegur-tegurlah suami anda sekiranya dia asyik dengan wanita-wanita di televisyen. Dan jangan anda pula yang melayan rancangan TV yang ada memperlihatkan wanita-wanita seksi seumpama cerita2 bollywood, dan sebagainya. Kalau anda benci suami anda melihatnya, maka anda juga perlu memboikot rancangan-rancangan ini.
Ini adalah sebahagian dari apa yang berlaku dalam kehidupan rumahtangga hari ini, dan si isteri pastikan suami anda bertaqwa. Dan si isteri, jangan mengharapkan suami anda sesoleh Saidina Ali jika anda tidak sesolehah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Islahlah diri anda juga.
Ini cuma cebisan perkongsian, tentu sekali rujukan utama utk kebahagian rumahtangga adalah bersumber Al-Quran dan Al-Hadith.
Wallahua'lam..