Monday, April 26, 2010

Rasa jauh dari Tuhan


Terasa diri ini jauh dari Allah SWT, jauh dari rahmat dan kasih sayangNya, akibat banyaknya maksiat, lalai dan angan-angan yang panjang.

Ya Allah, pimpinlah aku kembali menuju RedhaMu

Sunday, April 25, 2010

Lalai

Seminggu dua ni aku lalai, solat subuh dan isya' di masjid banyak miss....begitu juga Al-Quran, Al-mathurat. Semoga kematian beberapa insan yang masih muda usia mereka memberi peringatan bahawa tidak mustahil dalam usia ini kita akan dijemput pulang. Sudahkah ada persiapan dan cukup bekalan taqwa untuk dibawa bertemu Allah SWT ?

Atau bekalan maksiat yang dibawa untuk diazabsiksa di alam kubur oleh malaikat ?

Ittaqullah

Sunday, April 11, 2010

Alhamdulillah, tingkatkan kesyukuran


Tanda Syukur pada Allah SWT ialah taat padaNya dan meninggalkan kemaksiatan. Itulah tanda syukur kita di atas niqmat kasih sayang Allah SWT yang tidak ternilai. Kalau kita mengatakan kita syukur di bibir, tetapi amalan kita sentiasa bermaksiat padaNya, itu bukanlah syukur, tetapi kufur, kita kufur dengan niqmat Allah SWT.

Tanda syukur ialah menjaga hubungan dengan Allah SWT iaitu Solat Berjemaah di Masjid setiap waktu, tanda syukur ialah sentiasa membaca KalamNya dan beramal dengan perintahNya.

Menjaga hubungan dengan Allah SWT bukan sahaja menjaga Solat tetapi juga tidak melakukan perkara yang menyakiti Allah SWT iaitu membuat maksiat. Gembirakanlah Allah SWT perkara-perkara yang memberi kesukaan padaNya dan jangan murkakanNya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai dan menimbulkan kemarahanNya.

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu...

Tuesday, April 6, 2010

Ampunkan dosaku Ya Allah


Aku juga pernah melampaui batas pada diriku, semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosaku

Monday, April 5, 2010

Blog sebuah Catatan Kehidupan

Salam,

Sebolehnya aku nak menulis setiap hari kat blog ni, sebagai catatan harian yang aku boleh lihat kembali, sebab blog ini bukan sahaja untuk dikongsi dengan pembaca yang lain tetapi juga untuk menyimpan detik-detik yang berlaku dalam hidup kita pada hari berkenaan, untuk dibaca pada kemudian hari, sebab kita tak tahu apa yang berlaku esok. Catatan silam bertujuan untuk kita muhasabah kembali, belajar dari pengalaman dan kesilapan yang telah berlaku dalam hidup supaya kita tidak mengulanginya kembali.

Apapun, so far so good, blog aku yang entah ke berapa ini nampak hidup berbanding blog2 yg sebelum ini yang telah terbengkalai, semoga aku istiqamah untuk menulis disini sebagai platform menasihati dan memuhasabahi diri dan juga andai ada manfaat buat pembaca yang lain, semoga dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

Macam mana hidup aku hari ini, adakah aku semakin menghampiri Allah SWT atau sebaliknya...