Wednesday, January 20, 2010

Fiqh Solat ( Bacaan Al-Fatihah )


Fiqh Solat ( Bacaan Al-Fatihah )

Assalamu 'alaikum.

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah; adakah makmum juga wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya?

1. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; makmum wajib membaca al-Fatihah sebagaimana imamnya juga sama ada dalam solat/rakaat yang dibaca perlahan atau di baca kuat, yakni bacaan al-Fatihah imam tidak memadai untuknya.

2. Menurut mazhab-mazhab yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali); makmum tidak wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya, yakni memadai bacaan imam untuknya atau dalam pengertian yang lain; imam telah menanggung bacaan untuknya, jadi tidak wajib lagi ia membacanya. Cuma sebahagian mereka mensunatkan makmum membacanya dalam solat/rakaat yang tidak dibaca kuat (oleh imam) atau jika makmum tidak dapat mendengar bacaan imamnya.

Merujuk kepada masalah di atas, apabila imam telah ruku’ dan kita belum selesai membaca al-Fatihah, mengikut pandangan jumhur; hendaklah kita terus ruku’ bersama imam dan tidak perlu kita berusaha menghabiskan bacaan Fatihah kita kerana ia telah ditanggung oleh Imam kita.

Namun jika pandangan Imam Syafi’ie yang kita ikuti, wajiblah kita menghabiskan juga fatihah kita sebelum ruku’ kerana Fatihah wajib atas makmum sebagaimana wajib atas imam. Untuk dikira rakaat kita bersama imam, kita hendaklah ruku’ sebelum imam bangun dari sujud yang kedua. Ini kerana menurut mazhab Syafi’ie, makmum –atas sebab keuzuran (yakni lambat dalam bacaan)- hanya diizinkan untuk ketinggalan dari imamnya setakat tiga rukun panjang sahaja.[1] Jika kita masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah pun bangun dari sujud keduanya, maka tidak perlu lagi kita ruku’, sebaliknya kita menunggu imam di rakaat berikutnya dan meneruskan solat bersama imam seperti biasa, kemudian apabila imam memberi salam kita pun menambah rakaat yang ketinggalan itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 1/394.
2. al-Fiqh al-Manhaji, 1/81.
2. 60 Hadis Sifat Solat Nabi, Us. Ahmad Adnan Fadzil


[1] Iktidal dan duduk antara dua sujud adalah rukun pendek. Adapun ruku’, sujud pertama dan sujud kedua adalah rukun panjang. Jadi, apabila makmum masih belum ruku’ tatkala imamnya telah bangkit dari sujud kedua, maka ia telah ketinggalan dari imamnya melebihi tiga rukun panjang, iaitu; ruku’, sujud pertama dan sujud kedua.

Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil
Wawasan Ummah Enterprise

Monday, January 18, 2010

Bekalan buat Bertemu Allah SWT

Alhamdulillah, pagi ini seperti biasa, teman yang mengiringi perjalananku ke tempat kerja iaitu Ikim.Fm, Pilihan Utama menyiarkan slot Durrun Hikmah iaitu setiap jam 7.30 pagi setiap hari. Pagi ini yang memberi pengisian ialah penceramah agama tersohor yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zawawi Yusuf.

Ada yang ingin aku kongsikan bersama kalian beberapa amalan harian yang dianjurkan Rasulullah SAW dan sangat perlu diamalkan oleh seorang mukmin untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Antaranya ialah :


1. Solat Tahajud


2. Membaca Al-Quran di waktu sahur, sebelum masuk subuh, antara sebabnya ialah Ustaz memberitahu biarlah perkara pertama yang kita lihat setelah kita bangkit dari tidur ialah Al-Quran sebelum kita melihat perkara-perkara lain di atas muka bumi ini.


3. Solat Subuh Berjemaah di masjid. Ustaz menghuraikan biarlah tempat pertama yang kita pijak bagi setiap permulaan hari ialah Masjid dan bukan tempat2 lain


4. Solat Dhuha kerana merupakan punca rezeki.

Ingatlah korang semua, inilah bekalan yang perlu kita cari dan buat di dunia ni, bukan asyik tengok televisyen dan main internet 24 jam. Kalau tak tengok televisyen pun, asyik berbual isu selama 2,3 jam, baca Al-Quran payah pulak nak 2,3 jam, baca setengah jam, dah rasa lama. Macam mana la nak masuk syurga...

Semoga bermanfaat buat aku dan semua...


Saturday, January 9, 2010

Politik

Setiap dari kita tidak lepas dari membicarakan persoalan politik, dan memang blog politik antara blog yang paling panas dan menjadi tumpuan kerana ia melibatkan soal pemerintahan, soal integriti pemimpin dan pelbagai isu negara mahupun negeri yang lain.

Namun begitu, ada juga yang tidak berminat dengan politik, dan tidak mahu mengambil tahu soal politik, tidak kurang juga menggangap politik itu suatu perkara yang kotor dan tidak wajar dicampuri.
Hakikatnya politik adalah urusan dan kewajipan umat islam yang wajib dicampuri dan wajib dit ambil tahu dan disertai. Saya ingin memetik ucapan YB Ustaz Mohd Nassurudin Hj.Daud Speaker Kerajaan Negeri Kelantan membahaskan Agama dan Politik.


Politik dengan agama tidak dapat dipisah. Kalau kita baca Fatawa yang dikeluarkan oleh Prof.Dr.Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa memisahkan agama islam daripada politik ini boleh menyebabkan seseorang itu rosak aqidah.

Parti politik juga tidak boleh dipisah dengan agama. Islam menggangap semua perkara ada kaitannya dengan agama. Makan minum ada kaitan dengan agama, bercakap ada kaitan dengan agama, memerintah ada kaitan dengan agama, parti ada kaitan dengan agama, berkahwin ada kaitan dengan agama. Cuba bagitahu apa perkara yang tidak ada kaitan dengan agama

Politik dalam bahasa arab disebut Siasah. Dalam Al-Quran disebut, dalam Hadith disebut. Dalam ayat 30 Suratul Baqarah. Ayat 30 Allah Taala berfirman yang bermaksud

“ Ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi “

Apa makna Khalifah ?

Khalifah ataupun Khilafah. Makna Khalifah ditafsirkan oleh Para Ulama’, di antaranya Ibnu Khaldun menyebut dalam Kitabnya Al-Muqqadimah. Al-Imam Al-Mawardi, seorang Ulama besar dalam Mazhab Syafei menyebut dalam Kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyah, makna Khalifah ialah Khilafatun Nubuwah, Fi Hirasati Deen, Wa Siasati Dunya Bih. Makna Khalifah ialah Pengganti Nabi dari segi menjaga ugama dan memerintah dunia dengan agama, mentadbir dunia dengan agama.

Sekali lagi diulangi, politik ini disebut dalam Al-Quran dan disebut dalam Hadith Nabi.

“ Bani Israil itu, yang menjadi pemimpin politik mereka ialah nabi-nabi mereka, apabila seseorang nabi itu wafat, Allah gantikan nabi yang lain, begitulah seterusnya, sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman, dia adalah Rasul dan dia adalah pemimpin negara. “

UNDI PAS BOLEH PAHALA ???

Memang undi PAS boleh pahala, kerana…

PAS buat islam, sebagaimana contoh saya sebut tadi, kalau kita larang orang berjudi, walaupun orang tak berhenti berjudi, kita boleh pahala, bila kita dapat kuasa, kita tak benarkan aktiviti perjudian berlaku di negeri kelantan, maka semua orang undi PAS boleh pahala.

Kita undi umno, umno keluar lesen judi (sport toto, nombor ekor) , dosa ke tak ? Dosalah jawabnya…

Jumhurul Fuqaha’ menyebut definisi negara Islam

“ Negara Islam ialah negara yang diperintah oleh orang Islam dan dilaksanakan di dalamnya undang-undang Islam “

Wallahua’lam..

Wednesday, January 6, 2010

Musibah akibat dosa silam


Firman Allah SWT yang bermaksud :
 "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh
perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari
kesalahan-kesalahanmu)"
(Asy-Syura/42:30)

Sesungguhnya aku redha dengan setiap ketetapan Allah ke atas diriku, dan aku berazam dan berusaha untuk menginsafi setiap saat dosa-dosaku yang lalu, bertaubat kepada Allah SWT Yang Maha Pengampun. Sungguh bukan mudah untuk melepaskan diri dari dosa yang sudah menjadi tabiat dan sebati dalam diri, tapi kita harus sedar yang esok kita mati, menemui ALlah SWT, adakah kita ingin membawa bekalan dosa untuk menghadapNya ?

Aku sedar ujian dan musibah yang menimpa diriku hari ini adalah kerana dosa-dosaku yang lepas, Ya Allah ampunilah dosa-dosaku dan sembuhkanlah penyakit anakku.

Saturday, January 2, 2010

Hisablah diri sebelum kamu dihisab

HISABLAH DIRI SEBELUM KAMU DIHISAB

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).


Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah.
Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.Firman Allah Taala bermaksud:Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung.

Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Surah ali-Imran: Ayat 185).


Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).Firman Allah Taala bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar.
(Surah at-Taubah: Ayat 119)
.

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).


Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah.

Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas.
(Kitab: Qawaid al-Tasawuf).


Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang
. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

diambil dari :
Muhasabah Dirihttp://www.iluvislam.com/


Komen saya : Menyahut seruan penghisaban diri ini, setiap awal tahun saya membeli suatu diari islam, setiap hari antara yang saya catatkan ialah adakah saya Solat Subuh berjemaah hari ini, adakah saya telah membaca zikir Al-mathurat hari ini, adakah saya telah membaca Al-Quran hari ini, adakah saya menunaikan solat jemaah maghrib dan isya' hari ini ?

Ternyata, dalam mujahadah ini, tidak setiap hari saya akan berjaya melakukan semuanya, banyak catatan merah yang menandakan saya meninggalkan kewajipan2 minima ini, antaranya solat subuh berjemaah, membaca Quran setiap hari dan lain-lain. Kegagalan melaksanakan perkara-perkara ini memberi suatu peringatan kepada diri, juga memaklumkan yang diri ini masih lalai dengan maksiat, masih jauh dengan Tuhan.
Bagi saya, sedikit sebanyak ia membantu meningkat prestasi iman dalam diri.

Tahun-tahun sebelum ini, catatan diari ini tidak berkesudahan, kerana amalan-amalan minima ini masih gagal dilakukan dengan istiqamah, oleh kerana amalan pun tidak istiqamah, catatan pun begitulah, tidak ada semangat utk mencatatnya. Azam tahun ini utk istiqamah dengan amalan minima ini dan istiqamah dengan catatan ini, moga2 membantu diri untuk lebih dekat dengan Allah SWT.

Wallahua'lam

Friday, January 1, 2010

Kita adalah Musafir - Pesan Tok Guru


" Kita semua adalah musafir di Bumi ini.. Sebagai musafir tentulah kita perlukan bekalan dan tempat berehat.. Jangan terlalu mengejar destinasi sampai terlupa melihat dan memenuhi bekalan.. Perjalanan panjang.. Kadang2 kita perlu berehat di pohon yang rendang tapi jangan terlalu lama sehingga kita terlupa untuk meneruskan perjalanan.. "

YAB Tuan Guru Dato' Hj.Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan )

Komen saya : Tidak pernah sepanjang hidup saya berjumpa dengan seorang Menteri Besar yang mulutnya sentiasa basah dengan ayat-ayat Al-Quran dan Sabdaan Rasulullah SAW, tazkirah dan peringatan tentang hari akhirat.

Muqaddimah

Bismillahirahmanirrahim...

Ahlan Wasahlan....InsyaAllah saya akan berkongsi pandangan dan pengalaman hidup disini. Mudah-mudahan bermanfaat buat diri dan semua pembaca sekalian.