Saturday, January 9, 2010

Politik

Setiap dari kita tidak lepas dari membicarakan persoalan politik, dan memang blog politik antara blog yang paling panas dan menjadi tumpuan kerana ia melibatkan soal pemerintahan, soal integriti pemimpin dan pelbagai isu negara mahupun negeri yang lain.

Namun begitu, ada juga yang tidak berminat dengan politik, dan tidak mahu mengambil tahu soal politik, tidak kurang juga menggangap politik itu suatu perkara yang kotor dan tidak wajar dicampuri.
Hakikatnya politik adalah urusan dan kewajipan umat islam yang wajib dicampuri dan wajib dit ambil tahu dan disertai. Saya ingin memetik ucapan YB Ustaz Mohd Nassurudin Hj.Daud Speaker Kerajaan Negeri Kelantan membahaskan Agama dan Politik.


Politik dengan agama tidak dapat dipisah. Kalau kita baca Fatawa yang dikeluarkan oleh Prof.Dr.Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa memisahkan agama islam daripada politik ini boleh menyebabkan seseorang itu rosak aqidah.

Parti politik juga tidak boleh dipisah dengan agama. Islam menggangap semua perkara ada kaitannya dengan agama. Makan minum ada kaitan dengan agama, bercakap ada kaitan dengan agama, memerintah ada kaitan dengan agama, parti ada kaitan dengan agama, berkahwin ada kaitan dengan agama. Cuba bagitahu apa perkara yang tidak ada kaitan dengan agama

Politik dalam bahasa arab disebut Siasah. Dalam Al-Quran disebut, dalam Hadith disebut. Dalam ayat 30 Suratul Baqarah. Ayat 30 Allah Taala berfirman yang bermaksud

“ Ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi “

Apa makna Khalifah ?

Khalifah ataupun Khilafah. Makna Khalifah ditafsirkan oleh Para Ulama’, di antaranya Ibnu Khaldun menyebut dalam Kitabnya Al-Muqqadimah. Al-Imam Al-Mawardi, seorang Ulama besar dalam Mazhab Syafei menyebut dalam Kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyah, makna Khalifah ialah Khilafatun Nubuwah, Fi Hirasati Deen, Wa Siasati Dunya Bih. Makna Khalifah ialah Pengganti Nabi dari segi menjaga ugama dan memerintah dunia dengan agama, mentadbir dunia dengan agama.

Sekali lagi diulangi, politik ini disebut dalam Al-Quran dan disebut dalam Hadith Nabi.

“ Bani Israil itu, yang menjadi pemimpin politik mereka ialah nabi-nabi mereka, apabila seseorang nabi itu wafat, Allah gantikan nabi yang lain, begitulah seterusnya, sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman, dia adalah Rasul dan dia adalah pemimpin negara. “

UNDI PAS BOLEH PAHALA ???

Memang undi PAS boleh pahala, kerana…

PAS buat islam, sebagaimana contoh saya sebut tadi, kalau kita larang orang berjudi, walaupun orang tak berhenti berjudi, kita boleh pahala, bila kita dapat kuasa, kita tak benarkan aktiviti perjudian berlaku di negeri kelantan, maka semua orang undi PAS boleh pahala.

Kita undi umno, umno keluar lesen judi (sport toto, nombor ekor) , dosa ke tak ? Dosalah jawabnya…

Jumhurul Fuqaha’ menyebut definisi negara Islam

“ Negara Islam ialah negara yang diperintah oleh orang Islam dan dilaksanakan di dalamnya undang-undang Islam “

Wallahua’lam..

2 comments:

  1. Adakah kita mengaku Malaysia ngr Islam?Jika tidak,adakah kita sgup org mengatakan ngr kita negara kapir?Selagi pas tidak mempertandingkan jumlah kerusi yang cukup untuk memenangi mjrti 2/3@148 kerusi parlimen maka sukarlah utk pas melaksanakan udg2 islam sepenuhnya.Bertambah sukar jika DAP juga menuntut haknya sebagai ahli pakatan...hu...menanti dan terus mengundi...

    ReplyDelete
  2. 2/3 kerusi baru dapat pinda plmbagaan,meng mjrti mudah 112 bangku,hanya layak memerintah..PM pula bo d pilih dpd kalangan y meng mjrti parlimen..DAP y plg byk mng maka fkrlh risiko jika PM kita seorang kafir...hu...Islam 4 all

    ReplyDelete