Wednesday, October 6, 2010

Jadilah Penghibur


Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia

Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu yg berguna
Dgn semangat membangun jiwa

Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka

Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia

Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dgn syaratnya imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya




Sunday, June 20, 2010

Pesanan buat Sang Isteri


Setiap isteri mengimpikan seorang suami yang soleh, baik, sentiasa mengambil berat akan keluarganya. Malangnya hari ini banyak rumahtangga porak peranda akibat sikap kedua-dua belah pihak, baik sikap suami mahupun isteri, dan puncanya adalah kejahilan dalam beragama dan tidak menerapkan kehidupan islami dalam rumahtangga.

Banyak kes masalah rumahtangga yang memperlihatkan kesalahan suami yang setelah lama berkahwin, mula buat hal. Puncanya satu sahaja, tidak ada takut pada Allah SWT dan tidak ada mempraktikkan agama dalam kehidupan seharian. Jadi, pesanan buat sang isteri, yang inginkan keluarganya bahagia, suaminya tidak membuat onar, ialah pastikan suami anda beragama dan punya rasa takut pada Allah SWT.

Sebagai seorang suami, saya ingin berkongsi tips ini disamping berpesan pada diri sendiri (sebab diri sendiri masih lalai dan lagha dengan tipudaya dunia, solat subuh yang kadang-kadang di masjid). Pertama..

1. Pastikan suami anda solat subuh di masjid setiap pagi, itu tanda kesolehan pertama yang anda dapat lihat pada suami pada setiap hari. Jika dia payah dan liat, anda mesti memastikan dia bangun, apabila dia berjaya bangun dan setiap hari dia istiqamah solat subuh di masjid, insyaAllah peribadinya akan bertambah baik, dan dia akan terdorong untuk melakukan kebaikan-kebaikan lain pada hari berkenaan.

2. Pastikan suami anda solat berjemaah di masjid pada sebelah malam (maghrib dan isya), kalau dia tak dapat hadir untuk maghrib, isya' itu walaumacam mana payahpun, anda kena pastikan dia hadir. InsyaAllah kepulangannya dari masjid, akan lebih memberikan ketenangan pada jiwanya seterusnya ketenangan itu akan dikongsikan dengan anak isteri dalam bentuk kasih sayang.

3. Pastikan suami anda membaca Al-Quran setiap hari, pastikan rumah anda didengarkan dengan bacaan Al-Quran untuk menarik rahmat Allah SWT, kadang2 kebencian, marah-marah antara suami isteri itu kerana tidak ada malaikat rahmat dalam rumah akibat banyaknya siaran-siaran maksiat dalam rumah.

4. Pastikan suami anda menjaga pancainderanya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan, sumber utama yang banyak memaparkan wanita tentu sekali televisyen. Jadi, tegur-tegurlah suami anda sekiranya dia asyik dengan wanita-wanita di televisyen. Dan jangan anda pula yang melayan rancangan TV yang ada memperlihatkan wanita-wanita seksi seumpama cerita2 bollywood, dan sebagainya. Kalau anda benci suami anda melihatnya, maka anda juga perlu memboikot rancangan-rancangan ini.

Ini adalah sebahagian dari apa yang berlaku dalam kehidupan rumahtangga hari ini, dan si isteri pastikan suami anda bertaqwa. Dan si isteri, jangan mengharapkan suami anda sesoleh Saidina Ali jika anda tidak sesolehah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Islahlah diri anda juga.

Ini cuma cebisan perkongsian, tentu sekali rujukan utama utk kebahagian rumahtangga adalah bersumber Al-Quran dan Al-Hadith.

Wallahua'lam..

Cinta di rumah Hassan Al-Banna


Baru saja selesai menghabiskan Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. Sekarang tengah membaca buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna. Saya tak reti nak ulas tapi buku ini baik untuk aktivis dakwah dalam gerakkerja dakwah di luar dengan peranan sebagai ibubapa di rumah, As-Syahid Hassan Al-Banna menunjukkan contoh yang terbaik buat kita semua bukan sahaja sebagai Pemimpin Gerakan Islam yang berjaya mentarbiyah masyarakat tetapi juga berjaya mendidik dan mentarbiyah keluarganya.

new templates

Hope u liked my new templates

Tuesday, June 1, 2010

My English Writing


Tonight, i need to attend a meeting, so i decide to stay and ask ummi to go home alone, alhamdulillah she can drive, but sometimes im not confident with her driving. I hope she will drive carefully..

So, ummi will pick tsaqif at nanny house on her own, not without me as usual. Im quite worried because she has to put tsaqif in car seat beside her (not baby car seat, that's why im worry). Tsaqif has grown up, he's 7 month years old, he cannot stay without moving around, in kelantan language we called it 'buas'.

I hope everything will be ok and i pray to Allah SWT to protect them from any hazardous.

So, whoever read this post and know english, please write a comment and please correct my writing.

Thursday, May 20, 2010

Aku Mahu Berubah


Aku mahu berubah, aku ingin menjadi muslim yang baik, muslim yang baik itu ialah muslim yang beriman dengan ayat-ayat Allah, beramal dan patuh dengannya. Muslim yang beriman adalah mukmin, mukmin yang sejati.

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Wednesday, May 5, 2010

Mujahadah dan Tidur di awal waktu


Berselang seli pulak solat subuh di masjid aku ni, kelmarin dulu dapat bangun awal, kelmarin miss alarm yang berbunyi, pagi ni alhamdulillah dapat bangun seawal 5.30, mandi dan bersiap, keluar rumah menuju ke masjid, tiba-tiba perut memulas. Terpaksa la aku pusing balik ke rumah, miss lagi solat di masjid pagi ni, sedihnya Tuhan saja yang tahu, dah la nak pergi bukan senang, kena mujahadah sungguh-sungguh, tiba-tiba perut sakit pulak. Salah aku jugak, sapa suruh makan banyak semalam.

Semoga esok aku beroleh kemenangan lagi, syaratnya kena berehat awal. Kalau dah jam 12 malam masih mengadap internet, payah la sikit nak bangun apabila tubuh jadi letih, jadi mengadap internet tu pun boleh jadi bukan lagi ibadah dan sudah menjadi pekerjaan yang sia-sia walaupun mungkin aku tengah membaca isu-isu semasa dan laman web berunsur keagamaan.

Ingat tu, jam 11, 11.30 aku dah kena beradu untuk bangun awal pagi esok, utk memulakan hariku dengan diiringi rahmat dan kasih sayang Allah SWT apabila aku bersolat subuh di masjid. Kalau dah subuh gajah, takkan Allah SWT nak sayang.

Sekian, sesi muhasabah diri untuk hari ini.

Monday, April 26, 2010

Rasa jauh dari Tuhan


Terasa diri ini jauh dari Allah SWT, jauh dari rahmat dan kasih sayangNya, akibat banyaknya maksiat, lalai dan angan-angan yang panjang.

Ya Allah, pimpinlah aku kembali menuju RedhaMu

Sunday, April 25, 2010

Lalai

Seminggu dua ni aku lalai, solat subuh dan isya' di masjid banyak miss....begitu juga Al-Quran, Al-mathurat. Semoga kematian beberapa insan yang masih muda usia mereka memberi peringatan bahawa tidak mustahil dalam usia ini kita akan dijemput pulang. Sudahkah ada persiapan dan cukup bekalan taqwa untuk dibawa bertemu Allah SWT ?

Atau bekalan maksiat yang dibawa untuk diazabsiksa di alam kubur oleh malaikat ?

Ittaqullah

Sunday, April 11, 2010

Alhamdulillah, tingkatkan kesyukuran


Tanda Syukur pada Allah SWT ialah taat padaNya dan meninggalkan kemaksiatan. Itulah tanda syukur kita di atas niqmat kasih sayang Allah SWT yang tidak ternilai. Kalau kita mengatakan kita syukur di bibir, tetapi amalan kita sentiasa bermaksiat padaNya, itu bukanlah syukur, tetapi kufur, kita kufur dengan niqmat Allah SWT.

Tanda syukur ialah menjaga hubungan dengan Allah SWT iaitu Solat Berjemaah di Masjid setiap waktu, tanda syukur ialah sentiasa membaca KalamNya dan beramal dengan perintahNya.

Menjaga hubungan dengan Allah SWT bukan sahaja menjaga Solat tetapi juga tidak melakukan perkara yang menyakiti Allah SWT iaitu membuat maksiat. Gembirakanlah Allah SWT perkara-perkara yang memberi kesukaan padaNya dan jangan murkakanNya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai dan menimbulkan kemarahanNya.

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu...

Tuesday, April 6, 2010

Ampunkan dosaku Ya Allah


Aku juga pernah melampaui batas pada diriku, semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosaku

Monday, April 5, 2010

Blog sebuah Catatan Kehidupan

Salam,

Sebolehnya aku nak menulis setiap hari kat blog ni, sebagai catatan harian yang aku boleh lihat kembali, sebab blog ini bukan sahaja untuk dikongsi dengan pembaca yang lain tetapi juga untuk menyimpan detik-detik yang berlaku dalam hidup kita pada hari berkenaan, untuk dibaca pada kemudian hari, sebab kita tak tahu apa yang berlaku esok. Catatan silam bertujuan untuk kita muhasabah kembali, belajar dari pengalaman dan kesilapan yang telah berlaku dalam hidup supaya kita tidak mengulanginya kembali.

Apapun, so far so good, blog aku yang entah ke berapa ini nampak hidup berbanding blog2 yg sebelum ini yang telah terbengkalai, semoga aku istiqamah untuk menulis disini sebagai platform menasihati dan memuhasabahi diri dan juga andai ada manfaat buat pembaca yang lain, semoga dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

Macam mana hidup aku hari ini, adakah aku semakin menghampiri Allah SWT atau sebaliknya...

Sunday, March 28, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah, subuh ini aku kembali ke masjid, tapi agak kelewatan jugak, dapat rakaat kedua. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Bukan aku nak cerita yang aku ni bagus sebab pergi masjid , tapi memang dah kewajipan kita sebagai seorang lelaki muslim, solat subuh berjemaah di masjid belum lagi menjaminkan kita untuk dapat syurga Allah SWT, apatah lagi kalau kita meninggalkan, dan hanya bersolat di rumah, lagi la jauh untuk mendapat kasih dan rahmat Allah SWT. Jadi tak timbul soal lebih bagus dan sebagainya, sebab ia kewajipan minima sebagai lelaki muslim.

Jadi, buat pembaca lelaki muslim yang masih lagi belum menunaikan solat subuh di masjid, bergegaslah kita semua, dirikan solat subuh sebagaimana Nabi SAW mendirikannya. Nabi SAW tidak pernah solat sendirian di rumah, bahkan Baginda mengugut untuk membakar rumah lelaki-lelaki yang enggan untuk solat berjemaah di masjid.

Saturday, March 27, 2010

5 Hari aku miss solat subuh di masjid


Masuk pagi ni, 28 mac 2010 aku miss lagi Solat Subuh berjemaah di masjid, sudah 5 hari dalam RabiulAkhir ni aku miss, bermula tsaqif masuk wad tempoh hari. Aduh, lalainya aku...

Aku perlu displinkan diri, sepatutnya jam 5 pagi itu merupakan rutin harian untuk aku bangun, sekarang aku bangun 10 atau 5 minit sebelum azan subuh, itupun selalu miss takbiratul ula, kadang2 rakaat kedua.

Hari ini aku nak buat jadual pengurusan diri sikit, entah aku akan ikut ke tak, tengoklah nanti...

Tsaqif-

Keputusan pemeriksaan ke atas tsaqif akan diketahui dalam pertemuan dengan doktor pada pertemuan akan datang. Aku harap keadaan refluxnya tidak membahayakan dan tidak memerlukan pembedahan untuk merawatnya. Perkenankan doaku Ya Allah, kurniakan kesihatan dan kesembuhan pada anakku. Ameen

Sunday, March 21, 2010

Esok aku bercuti

Esok, aku akan bercuti selama 2 hari, tsaqif akan dimasukkan ke wad esok sebagaimana yang ditetapkan. Rasa takut, gelisah dan bermacam-macam perasaan bila anak masuk wad ni. Bimbang dengan keadaan tsaqif. Apapun keputusannya aku redha dengan ketetapan ALlah SWT.

Beberapa minggu sebelum ni, dalam Usrah Rasa Hati Ikim.fm aku sempat mengikuti pengisian seorang syeikh arab yang dijemput khas dalam slot usrah berkenaan. Beliau sempat menyampaikan sanad hadith yang berbunyi :

Aamantubillah, waa khoirihi, waa syarrihi.... yang bermaksud Aku beriman dengan ALlah SWT samada yang baik mahupun yg buruk. Sebagai seorang mukmin, itulah sikap kita dengan ALlah SWT, kita menerima apa juga ketetapan dan keputusan yang ditelah ditetapkan oleh Allah SWT pada diri kita.


Wallahua'lam

Saturday, March 20, 2010

Ujian ALlah buat hamba-hambaNya

Ujian Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang diatidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Sumber asal : http://pejuangkite.wordpress.com/2009/10/18/