Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Jadilah Penghibur


Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia

Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu yg berguna
Dgn semangat membangun jiwa

Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka

Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia

Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dgn syaratnya imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya




Sunday, June 20, 2010

Pesanan buat Sang Isteri


Setiap isteri mengimpikan seorang suami yang soleh, baik, sentiasa mengambil berat akan keluarganya. Malangnya hari ini banyak rumahtangga porak peranda akibat sikap kedua-dua belah pihak, baik sikap suami mahupun isteri, dan puncanya adalah kejahilan dalam beragama dan tidak menerapkan kehidupan islami dalam rumahtangga.

Banyak kes masalah rumahtangga yang memperlihatkan kesalahan suami yang setelah lama berkahwin, mula buat hal. Puncanya satu sahaja, tidak ada takut pada Allah SWT dan tidak ada mempraktikkan agama dalam kehidupan seharian. Jadi, pesanan buat sang isteri, yang inginkan keluarganya bahagia, suaminya tidak membuat onar, ialah pastikan suami anda beragama dan punya rasa takut pada Allah SWT.

Sebagai seorang suami, saya ingin berkongsi tips ini disamping berpesan pada diri sendiri (sebab diri sendiri masih lalai dan lagha dengan tipudaya dunia, solat subuh yang kadang-kadang di masjid). Pertama..

1. Pastikan suami anda solat subuh di masjid setiap pagi, itu tanda kesolehan pertama yang anda dapat lihat pada suami pada setiap hari. Jika dia payah dan liat, anda mesti memastikan dia bangun, apabila dia berjaya bangun dan setiap hari dia istiqamah solat subuh di masjid, insyaAllah peribadinya akan bertambah baik, dan dia akan terdorong untuk melakukan kebaikan-kebaikan lain pada hari berkenaan.

2. Pastikan suami anda solat berjemaah di masjid pada sebelah malam (maghrib dan isya), kalau dia tak dapat hadir untuk maghrib, isya' itu walaumacam mana payahpun, anda kena pastikan dia hadir. InsyaAllah kepulangannya dari masjid, akan lebih memberikan ketenangan pada jiwanya seterusnya ketenangan itu akan dikongsikan dengan anak isteri dalam bentuk kasih sayang.

3. Pastikan suami anda membaca Al-Quran setiap hari, pastikan rumah anda didengarkan dengan bacaan Al-Quran untuk menarik rahmat Allah SWT, kadang2 kebencian, marah-marah antara suami isteri itu kerana tidak ada malaikat rahmat dalam rumah akibat banyaknya siaran-siaran maksiat dalam rumah.

4. Pastikan suami anda menjaga pancainderanya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan, sumber utama yang banyak memaparkan wanita tentu sekali televisyen. Jadi, tegur-tegurlah suami anda sekiranya dia asyik dengan wanita-wanita di televisyen. Dan jangan anda pula yang melayan rancangan TV yang ada memperlihatkan wanita-wanita seksi seumpama cerita2 bollywood, dan sebagainya. Kalau anda benci suami anda melihatnya, maka anda juga perlu memboikot rancangan-rancangan ini.

Ini adalah sebahagian dari apa yang berlaku dalam kehidupan rumahtangga hari ini, dan si isteri pastikan suami anda bertaqwa. Dan si isteri, jangan mengharapkan suami anda sesoleh Saidina Ali jika anda tidak sesolehah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Islahlah diri anda juga.

Ini cuma cebisan perkongsian, tentu sekali rujukan utama utk kebahagian rumahtangga adalah bersumber Al-Quran dan Al-Hadith.

Wallahua'lam..

Saturday, March 20, 2010

Ujian ALlah buat hamba-hambaNya

Ujian Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang diatidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Sumber asal : http://pejuangkite.wordpress.com/2009/10/18/




Solat Jemaah di Masjid


Hmm, sejak bertiga ni, hadirnya tsaqif dalam hidupku, aku berazam untuk cuba istiqamah Solat Jemaah di masjid, lebih2 lagi solat subuh. Namun dalam usia tsaqif yang masih baby ni, aku tak dapat nak solat maghrib di masjid, ikuti kuliah dan terus solat isya', ini sebab waktu maghrib yang pendek tak mengizinkan sebab terpaksa bergilir dengan ummu tsaqif, selepas aku solat, giliran aku menjaga tsaqif untuk umminya bersolat pula, alhamdulillah yang dapat aku jaga ialah Solat Subuh berjemaah di masjid dan Solat Isya', itu pun ada miss jugak subuh, dan ada juga miss isya'.

Sebenarnya sebelum tsaqif lahir pun, aku jarang jugak, masa tu tengah banyak masalah diri, lalai dan sebagainya. Masa yang ada antara waktu maghrib isya tak aku manfaatkan untuk berada di masjid, cuma bila lahirnya tsaqif aku mula terasa yang tanggungjawab sudah berat dan aku perlu menjadi ayah yang baik untuk anakku. Buat masa ni, inilah yang termampu aku lakukan, bila tsaqif sudah besar sikit nanti, dan boleh ditinggalkan saja pada umminya, aku harus memanfaatkan waktu maghrib isya itu untuk berada di rumah Allah. Keberadaan aku di masjid untuk memperoleh rahmat untuk diriku dan untuk keluargaku. Semoga Allah SWT menerima amal-amalku yang sedikit ini.



Sesungguhnya, MASJID ITU HIDUPKU...